Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Rabu, 19 Ogos 2009

Semak Kertas Ujian Habis-Habisan

Hari ini ujian math telah selesai dijalankan... jadi saya gunakan sepenuh masa hari ini untuk menyemak sehabis-habisnya kertas ujian tu. Tak sabar rasanya nak lihat perkembangan pembelajaran mereka. Rasa risau tu ada juga sebab ujian kali ini pastinya lebih sukar dengan pertambahan kemahiran-kemahiran yang lebih mencabar.

Apa yang pasti mesti ada yang turun naik markahnya bergantung kepada tahap pencapaian mereka terhadap sesuatu kemahiran. Setakat menanda tadi rasanya masih mampu tersenyum lagi. Harapnya senyuman itu dapat kekal hingga ke hujung tahun. Murid yang lemah pun ada juga itu tak boleh dinafikan. Cuma jadi guru memang kena penuh dengan sifat sabar walaupun kadang-kadang terpaksa menengking.

Murid pula pastinya juga tidak sabar untuk mengetahui markah mereka. Hendaknya mereka yang masih ditahap yang lemah terus bertungkus lumus untuk berjaya. Masih ada kesempatan masa lagi yang penting usaha walaupun murid bukan dari kelas 5 usaha..