Entah tiba-tiba rasa nak tulis sajak pasal merdeka... jadi puas berfikir dapat satu idea nak citer pasal jambatan.... tak pandai sangat buat sajak tapi tak salah kalau cuba.. jadi saya cuba buat dengan fahaman dan garapan perasaan saya sendiri terhadap kemerdekaan...
Bagi yang berminat nak cuba mendeklamasikan sajak saya ini bolehlah cuba dengan menggunakan lagu latar yang saya sediakan... ada 3 soundtrack... jadi boleh tekan next untuk soundtrack kedua.. dan ketiga.. selamat mendeklamasikan sajak..
Jambatan Kemerdekaan
Dulu Jambatan kita pernah roboh,
rosak, musnah lalu hancur
rebah di bumi tanah lahirku ini
Resah jiwa bercelaru
Lantas dendam kesumat menjadi benih-benih amarah
Apakah hanya ingin melihat saja jambatan itu roboh
atau biarkan sahaja rosak,
musnah lalu ranap hancur rebah menyembah bumi?
musnah lalu ranap hancur rebah menyembah bumi?
Tidak... tidak sama sekali
Para pejuang lalu bingkas bangun
bersatu membina kembali jambatan itu
rintangan dan liku-liku begitu sukar dihadapi
Namun semangat juang tinggi
membuatkan mereka terus bangkit membinanya kembali
Ditikam, ditembak, dipenggal, dibakar, disembelih
Mengalir air merah dari tubuh lemah tak bersalah
dari setitis kemudian melimpah terus parah
rumput hijau jadi merah mangsa dijajah bermandi darah
Roh keazaman semakin membara
Meneruskan jua membina jambatan mulia
Biar rintangannya berupa celaka
biar berupa malapetaka
Jambatan terus dibina jua,
Tujuannya bukan untuk sia-sia,
bukan untuk diratap sahaja
Tetapi untuk laluan generasi yang bakal tiba
supaya tidak merana seperti mereka
Kini jambatan itu masih ada
Aku, kau dan dia masih melaluinya
jambatan itu memang kukuh teguh sukar untuk diroboh
Ada yang memuji akan keteguhannya
tatkala melangkah melalui jambatan itu
tatkala melangkah melalui jambatan itu
Ada juga yang melaluinya tanpa berkata apa-apa pun
Namun kini,
Jambatan itu seakan retak keteguhanya
lepak, berpeleseran, rempit, ragut
dadah, minda kolot punca retaknya
Maka bangkitlah bangsaku
Mari bersama kita perbaiki keretakkannya
kerana jambatan itu telah dibina
mereka yang berjasa untuk kita
Jambatan itu milik kita bersama.
Percayalah bangsaku
Jika roboh kembali jambatan itu
Habislah kita, pasti musnah hidup sengsara
Nukilan: ezamramlan 300809 jam1400
Alhamdulillah, akhirnya nukilan saya telah pun siap... nukilan ini adalah dari hati sanubari saya sendiri untuk anak bangsa yang sama-sama mengunjungi laman blog yang tak seberapa ini.. selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Semoga kita sentiasa bahagia dan selamat di bumi tercinta ini. Sama-samalah kita menyedekahkan pahala bacaan fatihah kita kepada para pejuang-pejuang yang telah memberi laluan dengan membina jambatan kemerdekaan untuk kita... Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat..