Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 20 Ogos 2009

Guna Google Chrome Lebih Bagus

Internet kini boleh dianggap sebagai keperluan penting dalam melelui kehidupan di zaman serba canggih dan moden ini. Pelbagai perkara boleh dilakukan dengan pantas dengan adanya internet. Bayangkanlah banyak kerja yang boleh diselesaikan dengan begitu pantas sebagai contoh bayar bil, cari maklumat dan sebagainya.

Dalam melayari internet terdapat pelbagai jenis browser yang digunakan. Browser ni dalam bahasa kelantan bermaksud alat pencarian lah lebih kurang.... terdapat pelbagai jelis browser seperti mozila, opera, internet explorer dan macam-macam lagi... biasanya ramai yang menggunakan mozila daripada internet explorer dan lain2 browser kerana ianya lebih berkemampuan mencari dan memaparkan maklumat dengan pantas.

Namun semakin berkembangnya zaman IT ini kita seharusnya memastikan diri kita juga terkemas kini. Hari ini saya cuba pula menggunakan browser yang terkini iaitu google chrome... wow memang bestlah... paparan lebih cantik dan pencarian yang lebih hebat dan pantas. Kalau anda berminat nak tukar browser bolehlah download http://www.google.com/chrome.