Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Rabu, 26 Ogos 2009

Naruto Slam Dunk Mercun Bunga Api

Cuti ni adik-adik nak tengok citer naruto n slam dunk... jadi saya ambil sedikit masa untuk muat turun citer tu.. naruto episod 220 n slam dunk episod 116...

Memang agak boring cuti ni... kecualilah kalau ada aktiviti-aktiviti yang menarik... ada juga nampaknya yang main saidina...

Awal ramadhan ni saya dengar dentuman mercun dah bermula.... kalau ada yang sakit lemah jantung memang terkejut dan bertambah sakit la mendengar dentuman kuat macam tu...

MUHAMMAD Nur Sufian, 6, kehilangan tiga jari kiri akibat terkena mercun
berhampiran rumahnya di Kampung Simpang Tok Ku Chabang Tiga, Kuala Terengganu

Semalam dah ada yang terputus 3 jari... seperti gambar di atas.. kalau ikutkan mercun tak bahaya... saya pun main juga masa kecil-kecil dulu... masa remaja pun main.. meriam buluh lagi.. memang best dan selamat main mercun ni.. tapi ada syaratnya main ikut langkah yang betul dan cara pun nak kena betul juga..

Masalah putus jari, putus tangan, melecur, dan sebagainya adalah main tak ikut langkah yang betul.. sebagai contoh selepas main bunga api sisanya dicampak merata... jadi, bila terpijak melecurlah... ada juga yang bakar mercun tapi tak baling.. pegang jer kat tangan kononnya nak tunjuk berani.. tu yang terputus jari... lagi satu perangai suka mengubahsuai atau salah guna... main mercun letak dalam botol, dalam tin... memang bahaya... sebenarnya apa-apa sahaja yang disalahguna memanglah bahaya walaupun benda itu sebenarnya tak adalah bahaya pun... sebagai contoh dadah.. tak bahaya tapi disalah guna.. begitu juga mercun..

Apapun lebih seronok main bunga api dan mercun apabila dekat nak raya bukannya awal ramadhan... nak tambah seronok lagin depan mak dan abah dan sekeluarga... tentu selamat punya... kalau main dengan kawan-kawan dan tak bagitau ibubapa tu yang bawa padah...

Jadi, Kalau nak main bunga api ajak ayah sekali... tunggu dekat nak raya baru main.. jangan sesekali menyalahgunakan bunga api dan mercun.. itu jerlah celoteh hari ni... dah kehabisan idea nak cakap...