Apa yang penting kesempurnaan puasa itu sendiri.. makanlah apa yang kita nak makan yang pentingnya halal dan paling penting ialah menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar atau kurma, benda-benda yang manis atau air. Jika tidak berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.
Antara makanan pilihan saya selain manisan atau tamar..
kuih-muih
agar-agar
mee@kuey teow kari
mee@kuey teow@bihun sup
mee@bihun tom yam
bubur lambuk
yong tau foo
mee@kuey teow@bihun goreng
roti jala
roti john
bubur kacang
pengat pisang
pengat tepung
Antara minuman Pilihan
air putih
air tebu
air kelapa
air sirap@sirap limau
cincau
bandung
itu saja rasanya... yang lain tu makan juga.. tapi yang paling kerap yang saya nyatakan dekat atas...
yang pentingnya juadah tu disediakan sendiri cuma sikit2 jerlah yang dibeli... sejak dulu lagi asal bulan puasa saja kami adik-beradik akan tolong arwah mak sediakan juadah.. seronok rasanya dapat makan makanan yang dibuat sama-sama dan dimakan sama-sama.. sekarang ni adik-beradik tolong abah pulak masak kat dapur macam semalam...
Puasa ni memang suatu yang menyeronokkan.. membuatkan saya sentiasa dapat mengimbas kenangan lampau.. dapat membanding beza puasa saya masa kecil dan dewasa kini. Seronoknya puasa ni antaranya ketika berbuka puasa kerana tatkala itu saya sentiasa akan berasa satu kepuasan. Entahlah kamu semua macam mana... tapi itu salah satu perasaan yang lahir tiap kali berbuka...