Esok merupakan sesi akhir persekolahan sebelum sekolah ditutup bersempena dengan cuti penggal kedua selama 9 hari. Cuti ni boleh memberi peluang untuk murid berehat sementara sesi pembelajaran bermula semula. Murid perlu bijak mengisi masa yang ada tersebut dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Bagi penjawat awam PTK akan berlangsung minggu hadapan. Entah apa pulak soalan yang nak keluar kali ini saya pun tak tau. Saya pun dapat 3 3 jer... sebab tak ulangkaji. Sebenarnya kalau nak lulus PTK cuba buat ulangkaji dan kurangkan kesibukan. biasanya kalau sibuk dan tak sempat ulangkaji memang payah nak lulus.
Jadi kesimpulannya buat kerja berpada-pada.. pentingkanlah yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting... pentingkan diri sendiri dahulu atau majukan diri sendiri dahulu sebelum pentingkan atau majukan orang lain... kalau tak kita sendiri pula yang rugi.. sebab dunia ini dah tak semacam dulu lagi sentiasa sahaja berubah.. biar kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata ini jangan sesekali dipijak dan jangan juga sesekali terpijak.