Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 29 Ogos 2009

2 Hari Erti Merdeka


Semasa catatan ini mula disiarkan tinggal lagi baki 2 hari lagi negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Tiap tahun laungan merdeka pasti berkumandang tatkala hari kemerdekaan hampir tiba. Namun tiap tahun pasti ada beza intonasi laungan merdeka yang disambut saban tahun itu. Intonasi yang digarapkan dengan perasaan berkobar-kobar atau hanya melafazkannya dibibir saja.

Nyata sekali para pejuang tanah air pasti menitiskan air mata tatkala mengingati peristiwa sebelum merdeka. Di mana rakyat dijajah, didera, dibunuh, dirogol, dipenggal kepalanya, dibakar hidup-hidup, dikejami dengan pelbagai lagi cara.. Ini bukanlah dongengan tetapi realiti semata..

Alangkah beruntungnya kita tatkala hidup tidak lagi dalam sengsara seperti itu. Kita sudah bebas dari jajahan. Biasalah kita sebagai manusia biasa pasti alpa pasti.. leka pasti lupa. pasti tak remember...

Kita seolah-olah hidup atas usaha kita sendiri.. sebenarnya tidak.. kalau tidak kerana pejuang-pejuang dahulu kala entah apa akan jadi pada kita... entah-entah masih menjadi kuli kepada penjajah...

Saya sebagai rakyat Malaysia begitu berbangga dengan para pejuang tanah air suatu tika dulu. Kini apa yang nak dibanggakan... ?

Saya akan tetap terus berbangga atas pengorbanan jiwa malaysia dalam memartabatkan bangsanya di dunia ini. Namun cemuhan terhadap jiwa Malaysia yang masih lagi alpa terhadap syurga dunia ciptaan mereka sendiri... ragut, rempit, dadah, berpeleseran masih berleluasa mereka ini tidak mempunyai jati diri yang cukup kuat untuk menjadikan negara kita sebagai negara yang dihormati..

Dek kerana itu kita sebagai warga yang masih celik akan erti kemerdekaan ini harus sentiasa berkobar-kobar untuk melihat negara ini sentiasa bergerak maju ke hadapan walaupun nyatanya kita tidak dijajah lagi.. dan kita juga seharusnya mengembeling tenaga dan sedaya upaya membentuk anak-anak bangsa kita menjadi lebih celik terhadap erti perjuangan, kemerdekaan dan kebahagiaan...

Kita tidak perlu bertanya apakah pengorbanan negara untuk kita? tapi tanyalah pada diri kita sendiri apakah pengorbanan yang telah aku lakukan untuk negaraku?

Setiap orang mampu berkorban... berkorban bukan maksudnya berperang... tetapi memberi sesuatu sumbangan dengan ikhlas... termasuklah sumbangan tenaga, wang ringgit, ilmu dan macam-macam lagi demi untuk generasi Malaysia dan melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang jitu...

Merdeka... Merdeka kita.. Merdeka Minda.. Merdeka Malaysia