Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 25 Disember 2008

Hari Natal

HAri ni 25 Disember...semua masyarakat dunia ini
mengetahui hari ini adalah hari bagi penganut
agama kristian menyambut hari kelahiran Nabi Isa
a.s yang dianggap sebagai tuhan.

Walaubagaimanapun sebagai umat Islam kita perlulah
berhati-hati dan jangan pula terjerumus dengan
turutserta memperingati hari tersebut sebagai hari
kelahiran Isa a.s.

Untuk pengetahuan umat Islam...tarikh tersebut
bukanlah tarikh tepat kelahiran Isa a.s, kerana
dalam Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa
baginda lahir di musim panas saat kurma berbuah,
sebagaimana isyarat di dalam ayat Al-Quran saat
Ibunda Maryam melahirkannya di bawah pohon kurma.
Saat itu Allah SWT berfirman kepadanya:

Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu,
nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma
yang masak kepadamu (Maryam: 25)

Jelas sekali Nabi Isa a.s lahir di saat buah
kurma masak,
dan itu tidak terjadi di musim salji.

Jadi kenapa 25 Disember?
ya, ada cerita yang tersembunyi yang perlu
kita ketahui.... nanti carilah sendiri....

Pelbagai pendapat juga menyatakan bahawa mengucap
selamat hari natal juga merupakan haram di sisi
Islam kerana kita seolah-olah bersetuju dengan
penganut kristian yang meraikan hari memperingati
kelahiran Isa a.s yang dianggap sebagai tuhan...

Semoga kita sentiasa diberi hidayah oleh Allah
untuk tidak terpesong daripada akidah Islam...