Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Selasa, 23 Disember 2008

Masuk Islam

Sebagai manusia yang lahir di dunia ini kita seharusnya mengenali tuhan yang sebenar supaya kita tidak binasa dikemudian hari.... begitu banyak agama di dunia ini. Namun yang benar hanyalah satu. Seterusnya, hidup di dunia ini perlulah meletakkan tuhan yang kita percayai itu di tempat yang teratas kerana tanpa Dia siapalah kita dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan kita dan sekalian alam ini. Hidup ini tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kita hanya memenuhi keperluan hidup sendiri sebagai contoh bekerja dan berhibur sehingga kita lupa kepada pencipta sebenar.
Apapun aku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah kerana telah memberi peluang kepada rakan kepada kawan aku untuk menerima hidayahNya..
Kini dia dalam proses untuk mengenali lebih mendalam tentang Islam setelah aku dan rakan aku cuba menerangkan erti ketuhanan yang sebenar dan cuba menyelesaikan apa saja kekeliruan yang timbul dan menjadi persoalan terhadapnya sejak kecil hingga dewasa sebagai contoh ..kenapa ramai orang Islam minum arak? kenapa wanita Islam tidak bertudung? dan sebagainya sedangkan semua itu adalah wajib.

Apapun kesungguhan dia nampak semakin ketara apabila mulai faham akan penjelasan dan perbandingan yang dibuat terhadap agama yang boleh dipecahkan kepada dua iaitu agama samawi(agama Allah) yang mana Islam merupakan agama terakhir dan sempurna dan yang kedua adalah agama budaya (agama Ciptaan Manusia). Pagi tadi dia telah pun pergi ke Jabatan Agama Islam Selangor untuk memaklumkan tentang hasratnya itu... walaubagaimanapun dia perlu menghadiri sesi seterusnya esok untuk lanjutan...

Pada aku ini merupakan perkara pertama berlaku yang melibatkan aku sendiri sebagai orang yang turut serta bertanggungjawab memberi penjelasan kepadanya... jadi apa yang aku buat memula sekali jelaskan apa saja yang ingin diketahui dan jika dia sudah bersedia langkah seterusnya perlulah perlahan-lahan ajarkan cara mengucap kalimah syahadah dan pengertiannya... ini amat penting kerana jika sekiranya umurnya tidak panjang sedang dia belum sempat untuk menukarkan agamanya secara rasmi.... sesungguhnya dia telah pun diterima sebagai seorang Islam.. seterusnya mandi hadas untuk membersihkan dirinya dan seterusnya berurusan dengan pihak JAIS... seterusnya bentu dia mempelajari surah AL-FATIHAH dan seterusnya..... sambil itu berdoalah kepada Allah agar semuanya berjalan lancar dan mendapat petunjuk dariNya..

Raihan :
Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNYA Yang ESA

Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada TUHANmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Namun janjiNYA
Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu

Yakinlah kepada TUHANmu
Kerna DIAlah cinta hakiki