Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 25 Disember 2008

Cermin kete kena pecah

ALOR STAR: Pelakon dan pelawak terkenal, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, kerugian kira-kira RM3,000 apabila cermin kereta Proton Perdana miliknya dipecah ketika diletakkan di hadapan rumah mentuanya di Taman Mawar, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 7 pagi, ketika Lan dan ahli keluarganya sedang tidur. Kejadian hanya disedari selepas dimaklumkan oleh jiran kira-kira jam 10 pagi.

Mazlan, 39, berkata dua beg mengandungi pelbagai barang miliknya dilarikan.

Ini petikan daripada berita harian... so pandai-pandailah amek ikhtibar... janganlah letak barang berharga kat dalam kereta... tak sesuai.. bahaya... sedang laptop yang diletak dalam kereta pun kena curi... puncanya barang tu bernilai atau mahal jadi perompak akan pastinya nekad untuk memecahkan cermin kereta tersebut tanpa memberi salam atau selamat sejahtera...

Bagaimanapun sudah menjadi sifat manusia itu sendiri kadang-kadang tidak ambil peduli... dan beranggapan tidak akan berlaku perkara sebegitu ke atas dirinya.... lantak nkoranglah... asal jangan nyesal kemudian dahlah...