
Derma atau sedekah.... sedekah merupakan suatu perkara yang baik dan boleh mendatangkan pahala sekiranya pendermanya ikhlas... tidak kiralah ianya disampaikan dihadapan orang lain atau tidak.... yang penting niat kita Allah sahaja yang tahu... derma ni boleh dikatogerikan dalam pelbagai katogeri... macam-macamlah... ada yang sedekah wang ringgit, pakaian atau harta benda, binatang, organ dan sebagainya.....
Apa sekalipun yang penting kena ingatlah bile nak menderma atau sedekah mesti niat kerana Alllah dan niat nak membantu.... tiada gunanya kalau bersedekah dengan tidak mempunyai niat, nak cover malu atau nak menunjuk-nunjuk... sesungguhnya keikhlasan itu lebih bernilai dari wang ringgit... jadi 10 sen yang diderma dengan penuh keikhlasan lebih berbaloi daripada >RM1000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 yang diberikan tanpa niat kerana Allah.
“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. ” (Surah al-Baqarah, ayat 272).
Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi bersabda, “Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).”
Tapi hati-hatilah yer... sebab tadi saya pergi jusco... jumpa sorang cina ni... dia cakap kelmarin... dia naik teksi.. masa dia keluar dia lupa nak bawak beg tangan dia sekali... so dia minta tolong bagi duit kat dia untuk tambang balik.... sudahnya dia ada lagi hari ni kat situ... hiiii tak malu betul..... sebenarnya bukan dia sorang jer... ramai lagi yang buat macam tu... sebab tu saya takkan bagi duit kalau orang mintak derma.... kecuali kat sekolah, rumah anak yatim, badan kebajikan dan kat masjid... biarlah orang kata kedekut pun yang penting niat kita Allah sahaja yang tahu..... dan yang penting juga kita tak salah bagi sedekah kat orang yang tak sepatutnya.... bayangkanlah seorang derma RM1... kalau 300 orang? kalau dalam 300 orang tu ada yang bagi RM10, RM5 macam mana... tak pasal2 penipu tu jadi kaya... so ambilah ikhtibar....