Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 19 Disember 2008

Penyakit Chikungunya


Penyakit ini aku rasa yang mempunyai nama yang tak best dan macam taksesuai jer.. macam takde nama lain... nak sebut pun sampai naik semput... kan mudah kalau namanya demam chikung ker kan? mudah sikit nak sebut... sedap pun sedap.... lantaklah apapun namanya... yang penting penyakit ni dah merebak sehingga menjangkiti 47 orang.... nak tahu lebih lanjut pasal penyakit ni baca bawah ni...

Apakah penyakit Chikungunya?

-ianya disebabkan gigitan nyamuk aedes yang telah dijangkiti virus Chikungunya
-pertama sekali ditemui dalam darah seorang pesakit yang demam di Tanzania pada 1953, selepas itu banyak menyebabkan wabak pada banyak tempat, terutama di Asia dan Afrika, terbaru sekali di Malaysia baru-baru ini sehingga dilabelkan penyakit 'misteri'

Apa penyebab Chikungunya?


-disebabkan virus dari genus Alphavirus, dari famili Togaviridae

Apakah pembawa Chikungunya?


-nyamuk Aedes aegypti yang suka membiak dalam bekas-bekas air bertakung dan Aedes albopictus (sama dengan pembawa virus Denggi)

Apakah simptom Chikungunya?


-paling biasa-demam,sakit kepala, keletihan, loya, muntah, ruam, sakit sendi dan otot.simptom-simptom boleh berlarutan dari beberapa hari ke beberapa minggu

Apakah tempoh pengeraman (incubation period) Chikungunya?

-2-12 hari, kebiasaannya 3-7 hari

Bolehkah wanita hamil yang dijangkiti Chikungunya memindahkan virus pada bayi dlm kandungan?

-kebanyakan kes tidak berjangkit kecuali pada peringkat kelahiran

Bolehkah wanita yang menyusu badan yang dijangkiti Chikungunya menjangkiti bayi yang disusui?

-setakat ini tiada bukti yang menunjukkannya

Apakah rawatan Chikungunya?

-setakat ini tiada vaksin atau anti-virus khusus untuk merawat Chikugunya. rawatan adalah simptomatik iaitu dgn rehat, lebihkan minum air, dan ubatan untuk menurunkan demam dan painkillers.Individu yang dijangkiti akan dilindungi dari gigitan nyamuk lagi dengan penggunaan kelambu untuk beberapa hari untuk mengelakkan beliau dari menjangkitkan penyakit itu pada orang lain

Apakah kadar kematian disebabkan Chikungunya?

-sangat jarang, dan pesakit yang tua lebih tinggi risikonya

Apakah kaedah mencegah Chikungunya?

-sama dengan kaedah pencegahan Denggi
-gunakan ubat penghalau nyamuk spt DEET, picaridin, oil of lemon eucalyptus dsb
-memakai baju dan seluar panjang
-menukar air dalam bekas pasu bunga, kolah, tong air dsb sekurang-kurangnya seminggu sekali
-dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu

Kesimpulannya dulu nyamuk Aedes membawa virus denggi tapi kini dah bawak virus baru pulak di Malaysia... apapun kita perlu pastikan kebersihan persekitaran kita walau di mana kita berada supaya kedua-dua penyakit trsebut dapat dielakkan... sebab kalau dah kena nanti merana beb...