Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 26 Disember 2008

Mesyuarat Hari Ini

Meeting ari ni banyak maklumat penting yang disampaikan oleh GB. Maklumat pertama yang dimaklumkan oleh GB tadi ialah pengarah Baru JPWP ialah En. Sulaiman b. Wak. Beberapa bilik khas akan dinaik taraf dan diubahsuai. Setakat ni yang dah siap diubahsuai adalah tandas guru lelaki, tandas guru perempuan dan tandas tetamu.... memang puas hatilah tengok... nampak cantik dan selesa... ada paip dan sinki serta sabun mandi.

Pelbagai maklumat berkaitan tugasan untuk tahun 2009 juga disampaikan dan inputnya boleh didapati dengan memuatturun melalui link Bahan2 Warga SKSKL. Jadi bolehlah muat turun dan cetak.

Guru SKSKL nampak begitu semangat dan macam tak sabar2 nak memulakan tugas bagi sesi akan datang... Macam tahun lepas kakitangan Setiawangsa akan dibekalkan sebuah diari... begitu juga dengan tahun 2009... tetapi lebih cantik berbanding yang lepas. Memang sungguh berpuas hatilah....

Mesyuarat seterusnya akan bersambung minggu depan bersamaan dengan 30 Desember 2008... macam hari ni sumer guru wajib hadir...