Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 20 Disember 2008

Syukur... Luekimia

Alhamdullillah... syukur ke-hadrat Allah kerana telah memakbulkan doa dan memberikan kesempatan dan peluang untuk kawan aku menghembuskan nafas di muka bumi ciptaan-Nya ini. Pelbagai cara telah dicuba termasuklah, makan ati ayam, kerang, susu kambing, bayam merah, gamat dan sebagainya... ini semua untuk menambahkan darah merah dan mengelakkan pergerakkan darah putih secara aktif dalah salur darah... kerana pengidap luekimia akan kekurangan darah merah dari semasa ke semasa memandangkan sel darah putih telah memakannya...

oleh sebab itu kawan aku ni terpaksalah pergi klinik untuk tambah darah kerana setiap minggu darah merah pasti kurang... tetapi ada sedikit lega disebabkan setelah mencuba pelbagai cara lama kelamaan darah tidak keluar terlalu banyak berbanding dahulu... dan sumsum tulang yang hancur sebanyak 18% tidak lagi hancur....

Sesungguh-Nya Allah telah menjanjikan dugaan untuk setiap manusia termasuklah aku sendiri.. tujuannya untuk menguji keteguhan iman kita... selain mencuba perubatan secara Islam dan rujukan melalui Al-Quran juga perlu... kerana Allah telah menjanjikan bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.... kenapa? tak percaya? ya seharusnya kita percaya bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya kerana pencipta penyakit juga adalah Allah yang Maha Esa tiada tuhan melainkan Dia.. jadi Dia jugalah yang mempunyai segala penawar untuk segala penyakit di dunia ini... makanlah banyak mana ubat sekalipun kalau tiada keizinanNya untuk sembuh tiadalah gunanya.

Jadi aku telah membawa kawan aku untuk rawatan di Darul Syifa', Solat hajat dan kemudian daripada sumber Al-Quran pula aku menyuruh dia mencuba buah delima, air zafran, epal hijau dan madu lebah dan dari segi minuman pula kenalah minum air yang bertapis... kerana untuk pengetahuan korang sumer... salah satu faktor penyakit ini adalah sumber air yang tercemar...
Semua yang dinyatakan tadi sebenarnya memberi kesan baik dan naampak perubahan dari semasa ke semasa... sedangkan Doktor yang mengikut teori sains pula menjangkakan hayatnya akan tamat dalam bulan Oktober lepas...

Terima kasih cikgu Fazli Omar sebab pernah tolong dapatkan serbuk soya yang memang membantu melembabkan sel darah putih tu... lagipun air susu soya tu best.. Juga nak ucap Timer Kaseh kat cikgu yati sebab dia cadangkan makan kapsul susu kuda liar... memula dia bagi tau dulu.... aku tak nak cuba pasal mahal.. RM 198.... so tak cubalah.... sehingga aku terfikir dan tergerak hati untuk mencuba setelah berfikir semula bahawa setiap penyakit ada penawarnya hanya Allah yang mampu menyembuhkannya selagi kita berusaha dan bertawakal ke hadratNya... jadi tak lama tu belilah kapsul susu kuda liar.... sepanjang makan kapsul tersebut... kata kawan aku ni dia tak rasa lemah sangat macam sebelum ni... Syukur katanya...

Dan yang tersangat-sangat bersyukur apabila setelah menghabiskan botol yang ketiga Doktor yang memeriksa menyatakan sumsum tulang telah membentuk sebanyak 4% sedangkan dulu dia meminta kawan aku ni... mencari penderma sumsum.. ahli keluarga sendiri...

Jadi apa yang aku nampak dekat sini bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita mahu dengan mencuba apa saja yang boleh dan bukan satu cara sahaja seterusnya meminta hanya kepadaNya dengan penuh yakin... maksudnya jangan pulak kita pikir bahawa Susu kuda itu yang telah menyembuhkan... tetapi susu kuda itu adalah penawarnya dan Allah yang telah mengizinkan penyembuhanNya...

Walaubagaimanapun kawan aku ni masih belum sembuh sepenuhnya... sama-samalah kita doakan agar dia cepat sembuh...