Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 1 Januari 2009

Semalam Punya Cerita

Semalam merupakan hari yang agak sibuk sehingga saya sendiri tidak berkesempatan nak membuat catatan... nak cerita sikit pasal semalam... dalam mesyuarat ko-kurikulum semalam telah pun dimaklumkan berkaitan tugasan untuk tahun hadapan... bagi saya yang lain sumernya ok.... tapi terkejut sikit... saya kena tukar rumah sukan pulak tahun ni... dulu rumah (hijau juara bertahan berturut-turut) tapi sekarang rumah kuning plak.... adoiyai... apepun tahun ini kena pastikan rumah kuning pulak juara.... rumah hijau kita letak no.4 pulak....

Antara perkara lain lagi adalah berkaitan dengan perkhemahan... tahun ni dingatkan kepada semua supaya memberi lebih kerjasama... yerlah sekolah klusterkan? kenalah tunjukkan keklusterannya tu...

Lepas mesyuarat tersebut mesyuarat agung Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan.... kali ni pengerusinya yang baru adalah En. Rosli... untuk maklumat lanjut boleh rujuk KKGK SKSKL

Eh... cam mana leh sangkut kickapoo plak? adoiyai... kalau kerapu takpelah jugak..

Kemudian petang kol 3 saya ikut En. Rosli yang begitu berkobar-kobar untuk menyerve tempat untuk famili day tahun depan.... itulah tugas pertama beliau.... En. Noorzeri dan En. Zammzami pun turut serta... so kami pun bertolaklah ke destinasi yang dijanjikan iaitu di Bagan Lalang Sepang.... Lepas tu singgah kat Lukut untuk aktiviti sampingan.... memancing ikan.. tapi tak lama sampai kol 9.30 jer pastu baliklah... selanjutnya klik kat sini