Sesungguhnya warga SK Setiawangsa berasa amat bersyukur kerana segala aktiviti dan perancangan awal persekolahan berjalan dengan sempurna... dan semangat tahun baru ini dilihat lebih lagi berbanding tahun-tahun yang lepas. Kegigihan yang ditunjukkan para guru dan murid diharapkan dapat berterusan bagi menyerlahkan lagi kecemerlangan sekolah buat kesekian kalinya.Siapalah kita yer... kita hanya merancang tapi tuhan jua yang menentukan... Oleh itu segala kelancaran selama ini adalah dengan izin dariNya. Sebagai manusia kita tidak boleh lupa akan hal tersebut. Maka dengan itu tepat jam 12 tengahari tadi semua guru berkumpul di surau untuk majlis bacaan yassin dan doa selamat.... antara tujuannya adalah seperti berikut :
1. Memohon agar SK Setiawangsa dan warganya sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera
2. Memohon agar Rakyat Palestin dapat kembali aman dan sejahtera.
3. Pemergian Allahyarhamah Bonda kepada Penyelia Petang iaitu Pn. Hjh. Hasmah bt Mohammad
4. Anak GPK 1 Pn. Siti Rokiah Bt. Salleh yang telah sedar daripada koma.
Majlis telah berakhir pada jam 12.30 tengahari...
Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas
Semoga apa yang dipohon dimakbulkan Allah S.W.T...