Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 15 Januari 2009

Cubaler buat blog...

Menulis blog merupakan suatu perkara yang baik yang mana kita boleh menjadikan ia sebagai sumber pencarian ilmu disamping memperbaiki mutu bahasa dan kelancaran dalam penulisan... melalui penulisan blog kita juga boleh meluahkan perasaan kita dan berkongsi dengan orang ramai jika perlu....

Blog ni sebenarnya banyak kegunaannya... macam-macamlah bergantung kepada kreativiti seseorang... ada yang jadikan blog sebagai gedung ilmu, ada juga menjadikannya sebagai diari dan banyak lagi....

Kalau zaman sebelumwujudnya blog ini... manusia selalunya menulis apa yang berlaku pada dirinya di dalam diari... diari itu pula ada yang berkunci dan ada yang tidak.. tetapi pada zaman moden yang serba canggih ini.. kita dapat menggantikan penulisan diari kepada penulisan blog yang mana fungsinya lebih baik berbanding diari... di mana kita boleh memasukkan gambar, video dan macam2 lagi.

Apapun bagi saya.... saya berasa seronok dan terhibur apabila membaca semula hasil tulisan saya sendiri walaupun berulang kali... idea penulisan ini saya perolehi dari pelbagai blog.. termasuklah daripada bekas PM kita Tun Dr. Mahathir @ Che Det...

Kawan-kawan saya pun dah mula tahu bagaimana nak menambahbaik blog sendiri.. hemmmhmm baguslah.... sebagai contoh blog cikgu Riduan yang dimanfaatkan untuk murid kelasnya iaitu blog 5 Dinamik...

Oleh itu marilah kita beramai-ramai menulis blog untuk meluahkan apa yang patut kat situ atau pun untuk memberi input yang baik kepada para pembaca blog kita... yang penting bukan kerjasama... tetapi keberanian kita untuk mencuba.... kerana bila kita mencuba secara tidak langsung kita akan mencuba... dan mencuba tidak sama seperti seekor ikan di tepi gunung kinabalu tetapi sama seperti mencuba... mencuba juga boleh dieja dengan perlahan dengan memulakan sebutan huruf m dan diikuti terus oleh huruf e...n...c....u...b dan akhir sekali a... selain itu boleh juga dieja dalam tulisan jawi, jawa... dan disematkan dalam jiwa... jadi selamat mencuba