Alhamdullillah.. petang tadi sesi latihan sofbol berjalan lancar... hari ini sesi latihan ketiga.. beberapa orang murid terpaksa disingkirkan atas dasar kurang ketahanan dan agak lemah dalam beberapa kemahiran yang di uji....
Apapun sebagai jurulatih saya amat kagum dengan kesungguhan murid-murid dan mungkin ibubapa yang memberi semangat kepada mereka untuk mencuba... ia suatu yang positif.. namun harap murid dapat menerima penyingkiran tersebut kerana sukan sofbol hanya memerlukan 9 orang pemain dan 6 orang pemain simpanan...
Apapun murid yang hadir petang tadi telah pun mendapat sedikit sebanyak ilmu.... harap dapat mencuba lagi tahun hadapan... pada murid yang berjaya pula anda perlu lebih berkeyakinan dan perlu lebih bersungguh-sungguh kerana tapisan kedua akan diadakan tidak lama lagi...