Pagi tadi sesi latihan perhimpunan juga telah diadakan... tujuannya supaya murid tidak kelam kabut dan tahu tempat untuk berkumpul pada setiap pagi hari persekolahan... beberapa perkara juga diingatkan kepada murid sebagai maklumat tambahan... perhimpunan telah diselia oleh En. Wan Rosli dan di bantu oleh geguru sumer
Sekolah Setiawangsa telah pun diiktiraf sebagai sekolah Kluster kecemerlangan... dan keputusan UPSR lepas juga sangat memberangsangkan apabila memecahkan rekod pencapaian UPSR yang lepas-lepas dengan 118 orang murid berjaya mendapat 5A... Oleh kerana itulah semangat dan kerjasama di antara semua guru, murid dan para ibubapa serta penjaga untuk memberi lebih kerjasama agar pencapaian lebih baik dapat dicapai dan moga SK Setiawangsa lebih dikenali bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.. ianya tak mustahil bukan?
1. memakai tali leher dengan sempurna
2. menulis nama ringkas pada beg, kasut dan yang dirasakan perlu
3. menjaga disiplin diri
4. rambut sentiasa kemas
5. berkumpul di tempat yang telah dikhaskan dan membaca buku
6. datang awal atau tepat pada waktu persekolahan
7. Setiap Jumaat juga akan diadakan perhimpuna pagi atau lebih dikenali sebagai "Bicara Pagi"(murid perlu berada di tapak perhimpunan pada jam 7.20 pagi)
Selain itu ibubapa juga diharap memberi kerjasama agar memberi peluang untuk anak2 masing2 untuk berdikari sendiri terutamanya tahun satu... Oleh itu, ibubapa hanya diberi peluang untuk menemani anak mereka disekolah sehingga hari jumaat ini... selepas itu ibubapa tidak lagi dibenarkan mengganggu proses pembelajaran anak-anak di sekolah.