Kalau di Palestin peperangan masih berterusan berlainan pula di malaysia... GAPENA yang masih belum berpuas hati kini akan menganjurkan pula perhimpunan ala-Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Mac depan dan satu "perarakan keranda" Februari ini berhubung isu pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan menjadi sebuah lagi serangan Gabungan Penulis Nasional (Gapena), selain tindakan mahkamah, selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan.
Bagaimanapun, menurut Setiausaha Dua Gapena, Prof Madya Dr Hashim Ismail, kerajaan diberikan peluang terakhir untuk tampil berunding dengan Gapena dan membuat keputusannya.
"Kalau (kerajaan) tidak endah juga, 15 Februari ini kita akan adakan satu perhimpunan besar-besaran," kata Dr Hashim kepada Malaysiakini hari ini.
Harap keputusan terbaik dapat dicapai.... demi untuk kepentingan generasi dan bangsa Malaysia..