Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
PUTRAJAYA: Sejumlah 112 kematian dilaporkan akibat deman denggi di seluruh negara sepanjang tahun lalu berbanding 98 kematian pada tahun sebelumnya.Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata sebanyak 49,335 kes deman denggi dicatatkan tahun lalu, iaitu peningkatan satu peratus berbanding 48,846 kes pada tahun sebelumnya.
Katanya, bagi tempoh seminggu antara 28 Disember hingga 3 Januari lalu, sejumlah 1,157 kes dengan empat kematian dilaporkan.(petikan Berita Harian)
Kesimpulannya kita perlulah sekurang-kurangnya mengambil langkah pencegahan... jangan sentiasa beranggapan diri dan keluarga kita sentiasa bernasib baik... kalau ikut angka kes yang hampir mencecah 50 000 tu kira banyaklah.. tapi bernasib baik sebab masih lagi dapat hidup.... yerlah sebab sempat untuk dirawat...