Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 2 Januari 2009

Situasi Orientasi



Alhamdulillah, perjalanan program orientasi tahun satu tadi lancar... pelbagai input yang diperolehi ibubapa... baguslah... tahun nie tak nampak pulak bebudak menangis... kalau ikut tahun lepas.. huhhh tak tau nak kata... macam2 gelagat dapat dilihat tadi.... ada yang gigit jari... korek telinga... menari dengan sudu... menjatuhkan diri ke dalam longkang... termenung... baca buku sifir... basuh tangan guna air sirap... korek gigi.. mengira pokok... bercakap dengan pokok... bergambar dengan kerusi plastik... ketawa terbahak-bahak... buang air dalam tandas dan sebagainya... tapi ramai bebenor ibubapa yang datang... rasanya ada yang bawa sedara dari kampung..... tu yang penuh satu dewan sampai tak cukup kerusi nak duduk....

Lagi satu pagi tadi aku terserempak dengan cikgu aku dulu masa kat sekolah menengah... Cikgu Badariah... dia pun bawak anak kembar dia untuk sesi orientasi... sempatlah bersembang sikit... pasal pagi tadi kena buat keje so takleh sembang lama2.... itulah cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku berkaitan dengan subjek matematik.... bagus cikgu Badariah ni... aku selalu rujuk kat dia pasal latihan math waktu rehat... sekarang anak dia pulak kat sekolah ni.... keciknya dunia ni yer...