Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Isnin, 5 Januari 2009

Sekolah Hari Ini

Sesi persekolahan hari ini berjalan lancar, takde banyak masalah... perhimpunan pagi diadakan seperti biasa untuk memberi beberapa pesanan atau amanat kepada murid sebelum memulakan sesi persekolahan.. Bagi tahun 2009 nie nampak banyak perbezaan berbanding tahun lepas... antaranya termasuklah murid tahun 1 bertukar ke sesi pagi... manakala tahun 2 ke sesi petang... sungguhpun begitu ada juga ibubapa yang menghantar anak tahun 2 ke sekolah pagi tadi...

Perubahan lain... kutipan yuran tidak lagi dijalankan... cuma kutipan wang insurans yang berjumlah RM 1.50 sahaja... walaubagaimanapun kutipan wang tambahan mungkin akan dijalankan selepas menerima surat kemudian nanti....

Perubahan drastik guru2 petang ke sesi pagi juga memperlihatkan kelainan berbanding tahun2 sebelumnya...

Selepas perhimpunan pagi... murid masuk ke kelas seperti biasa... biasalah guru kelas mengambil sedikit masa untuk memberi sedikit amanat kepada murid sebelum sesi pengajaran berlangsung...

Lupa plak... pagi tadi sampai jer kat sekolah geguru lelaki sumer dapat kain untuk buat baju melayu... guru besar bagi.... cantik gak.. warna hijau muda...

Sedikit gambar yang di ambil tadi leh lah tengok dengan mengklikkan link ini

Bagi Geguru yang nak muat turun Huraian Sukatan Pelajaran boleh klik kat sini