Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Selasa, 13 Januari 2009

Mancing Udang Kali Kedua

hidup ini telah dinyatakan tujuannya... dan seperti anda sedia maklum hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah atau mengabdikan diri kepadaNya.... ibadah bukan bermaksud solat semata2... tetapi semua perkara yang dilakukan adalah ibadah asalkan niat kerana Allah... dan sentiasa berserah padaNya...

Jadi suka saya rangkumkan sekali aktiviti Ibadah dan Riadah... Aktiviti memancing udang ni bolehlah dianggap sebagai riadah dan ibadah... yerlah sepanjang aktiviti dijalankan sudah tentunya dapat mengeratkan silaturrahim.... menambah pengetahuan... melihat keindahan dan kagum akan Ciptaan Allah s.w.t.. semua tu adalah ibadah...

Jadi tak salah lah rasanya kalau kita meluangkan masa untuk aktiviti tersebut... lagipun seronok apa... tambah lagi macam saya ni antara yang muda bercampur dengan diorang yang dah tour-tour tukan... banyak pengalaman yang diperolehi tau... macam-macam.. kalau nak citer kat sini tak habis...

Hemmhhmm rasa tak sabar nak menanti detik tersebut... kami yang terlibat dalam sepuluh orang jer... sebab yang lain dah ada perancangan lain... nak jaga anak kat rumah sebab isteri kerja.... kami akan bertolak jam 10 malam hari Sabtu... lepas keputusan pilihanraya Kuala Terengganu keluar... hemmm bestnyer